Wednesday, December 15, 2010
events
hye guys. sangattttt penat!!!! ayat paling sesuai nak ungkap akunye perasaan mental dan fizikal sekarang. Disember bulan paling meletihkan (terus terang lagi penat dari november waktu aku final presentation ari tu). ada 5 events menunggu untuk menerima hasil sentuhan ku dan rakan rakan dari qarmasutra weddings and events. thnks to anuar haikal, pekjah, syahmi and aina selaku crew setia dan berpencen ngan kami. last 8 Dec, we have done our Safi Balqis new product launching kat Ishq Restaurant kat Crowne Plaza Hotel, Kuala Lumpur. Kelmarin 14 December, masih terasa kaki aku melecet akibat terkejar kejar ngn team lain untuk mentransform sebuah dewan ala ala dewan sekolah jenis kebangsaan kepada sebuah ruang bertemakan masquerade katenye. thanks to DAFI FC, ray selaku kepala, AFEQ and DAFI sendiri kerana mempercayai kami untuk memberi impak pada ruang tersebut, nak tgk the whole event go to raydrevil.blogspot.com. Sabtu ni 18, Dec, turn tunang lak, nazira azman bersedia menerima gegaran dari qarmasutra. 31 dec Majlis pernikahan Sophia Hassan dan Pasangan, 1st Januari Majlis Resepsi kedua mempelai dan terakhir 8 January Majlsi Resepsi sebelah sang lelaki pula. im still waiting for the pictures from our photographer, sementara ini korang tgk dulu intro gamba kat atas tu.. terima kasih buat ray, raydrevil.blogspot.com untuk pinjaman gamba intro ini :)
Tuesday, November 2, 2010
Sunday, September 19, 2010
QARMAsutra
Monday, August 2, 2010
KARMAKAMET
aku memang banyak masa
Matahari sangat terik menjak dua menjak ni. aku tau kenapa. tapi entah kenapa aku buat buat tak tau kenapa.dan aku pun tak tau kenapa aku buat buat tak tau kenapa. bullshit!! dah jarang hujan kot. bumi kering....terus kering. takot nak mendekati matahari....lebih kering..lebih kering....ada bulan menemani, tapi tak sama matahari. bumi hargai tapi tak mampu mengerti, apa isi hati sendiri, seperti mati hidup kembali
Friday, June 11, 2010
inilah aku
aku tak pasti ape yang aku nak dalam hidup. kadang kadang aku rasa mati itu lebih baik. daripada tak dapat membahagiakan orang lain. melihat diri sendiri gagal membahagiakan adalah perkara yang paling sedih dalam hidup aku. orang membayangkan hidup aku mudah, mewah dan bahagia...tapi sebenarnya itu semua adalah kepayahan yang aku cuba usahakan sepaya bertukar menjadi kebahgaiaan. usaha yang sangat keras. sampai aku tiada masa untuk menjaga diri sendiri kerana terlalu mengharapkan kebahagiaan yang di impikan.. aku tak pasti samaada ini yang aku cari selama ini. kadang kadang aku tak pedulik tentang diri sendiri demi kebahagiaan org lain. sumpah!! itu yang aku telah lakukan. demi kebaikan semua...... tapi aku tak pasti samaada aku turut bahagia. aku just fikir, untuk meninggalkan semua ini....tanpa mengguris mana mana pihak. tiada siapa yang menang dan tiada siapa yang kalah...hanya dengan berfikir pendek, fikir tentang mati.itu pasti..mati itu adalah pasti, cume masa yang aku tak pasti. ape yang mampu aku harapkan semoga orang sekeliling aku bahagia dengan setiap usaha yang sudah aku curahkan untuk kesenangan dan kebahagiaan korang.
Tuesday, May 18, 2010
ehhh..cantiknye dinding itu...siapakah yang buat?
kawan kawan...now some of you might say that wallpaper and stickers are and easier solution. To a certain extend, they are, but with our climate, wallpaper is usually not a very long term solution, same goes with stickers. Hellooooooo it cost a lot dowh....plus with high maintanance too.. ( wish i can save some money to get a new macbook pro..ngeh~)
but....., for those with a braver soul looking for a more permanent solution, using real paint for wall art is the way to go. We use a variety of different colors and the tools provided (brush, masking tapes, foams) and created our own wall art.
hey, its ur own idea, your own creativity how you express your expression on your wall. how great it can be huh? its a piece of art....another project of mine collaboration with NIPPON PAINT MALAYSIA...sila singgah...www.nipponpaint.com,my

Tuesday, May 11, 2010
hey! yellow babe
hahaha...hey babe. do u still remember our first HELLO?..yeah....u said
"saat degupku berlalu laju pergi"
....n i told u ..
"walau pun ku x bisa memanggil dirimu engkau tahu bahwa aku tak pernah melupakanmu"....
"ku menanti ada sakti berikan ku peluang dengar suaramu, ntuk dengar suaramu...only" its so sweet dowh...yeah...
and then ko bagitau plak yang aku ni Jelitamu...
kau jatuh cinta. senyum dibibirku tawan kalbu. aku adalah bukti bidadari yang terzahir,...hahaha n im blushing...malu...
"datang hadir tanpamu tercari cari?"
.yeah i knw..u want me to be with you...
Disebelah kamu kan?
"aku, harapkan kau bersamaku, walaupun aku tak mampu mengucapkan apa apa"
"aku, harapkan kau bersamaku, walaupun aku tak mampu berbuat apa apa"
hey.....i told u..ill be with u. forever. aku takkan Luka kan kau.that is my promise,
coz kaulah kekasihku.
Monday, May 10, 2010
someone knocked that RED door
its something about red..is it because of that "red thing" yang menyebabkan hujan selalu sgt skang? or its because of me? yeah...aku kot..jangan salahkan bende lain kalau matahari selindung balik awan..................................
someone knocked that door. trust me, do not open coz its not an angel. absolutely not. because an angle will not knock that door.he is already inside....forever.
yeahh forever.
Monday, April 26, 2010
ceritera
makin hari aku makin perasan. perjalan hidup seseorang tu (xpecially aku) sama seperti menaiki kerete.. mula cari kunci, start enjin, tutp pintu....dan pandu...terus menuju destinasi aku. aku jenis suke tgk gelagat orang ramai dari perspektif dimana mata menuju tajam terus ke arah pelaku pelaku manusia die sekeliling aku..pandang kete sebelah, awek betul kan rambut. pakcik tengah korek idung pun ada,,,chinese guy cakap sorang sorang (padahal guna hansfree tu)...tapi paling seronok dan tersentuh hati bile aku bawak kete ikot jalan jalan kampung..tengok makcik makcik bawka basikal...bawak bakul n plastik bag baru balik dari kedai or pasar, pakcik pakcik lepak kedai kopi tengok wrestling...ermmmm....ada juga kadang kadang leka tengok makcik or pakcik tua tak kesah apa bangse sekalipun, tengah mengutip tin kosong kat tepi jalan. selongkar kotak kotak kosong mahupun besi besi buruk...nak dijual barangkali, demi sesuap nasi...(aku selalu bertanya: mana anak anak dorang?)........sedih..
aku teringin satu hari nanti nak record journey aku dalam kete, dari rumah sampai ke destinasi aku...nak share ngan korang apa itu sebenarnye yang dimaksudkan dengan hidup dan sekeliling kita....one day....i hope...
...sewangi vanilla yang buat aku tersenyum....:)
air mata hati
Monday, April 5, 2010
lama menyepi.....kerana bercuti :)
ya Allah, lamanya aku dari bercuti menggerakkan jari jemari menekan kekunci kekunci yang ada di papan kekunci komputer riba berjenama jepun ni. erm otak kembali tenang sikit.maka, blogspot menjadi sasaran. maafkan aku, sekarang segala apa yang di postkan dalam blog ni tidak mengandungi unsur unsur ilmiah mahupun berkualiti untuk tatapan umum, sebaliknya lebih ke arah perasaan dan perilaku makhluk yang bergelar manusia yang diciptakan sempurna akalnya tapi kebanyakkan nya tak tau nak guna sebaik mungkin. erm,
ketika di bahagian utara sedang berusaha dalam proses pendamaian setelah berlaku pergolakan, tunjuk perasaan, mogok dan sebagainya. manakala di barat sibuk dengan pembangunan pesat, kemajuan dan sabagainya..bumi masih lagi dalam keadaan yang sama, kadang kadang terbiar akibat perbuatan sendiri. tersepit, tak tau mana nak di fokus secara pukal? banyak pihak mengharapkan proses pendamaian berlaku dengan pantas supaya tiada lagi pergolakan yang memenatkan berlaku di mana mana? tapi bumi tetap di situ. bukan membatu, bukan membisu, tapi dah terlalu jelek dengan apa yang berlaku. apa yang mampu cume berdiam dan tengok apa yang bakal berlaku. Inginkan pendamaian, tapi pasti....ianya akan berulang, kerana, manusia! tak pernah nak sedar dan belajar tentang pengalaman yang sepatutnya digunakan untuk masa depan. tak kesahlan sama ada secara sedar atau tidak.kalau dah degil tetap degil. menyalahkan bumi. "semuanya salah bumi. bumi ni yang tak betul. tak reti kawal keadaan. sepatutnya bumi ni sediakan segalanya untuk umat manusia kat muka bumi ni, tapi tak...tak cukup. kami tak cukup. bumi patut sedar! bukan kami" kata mereka.....wahai manusia, bumi semakin tua. jangan begitu. melihat bumi yang semakin uzur dan dah nak mati baru boleh buat semuanya sedar?...bumi adalah bumi. ditemani matahari yang sentiasa menyinar, yang sentiasa bersinar. cuma kadang kadang sinaranya tak dapat bumi rasai kerasa mengikut rutin yang ditetapkan, tapi tetap dapat dirasai.
terlalu panjang aku rasa. hanya monolog dalaman yang dapat diluahkan untuk melepaskan segala emosi yang semakin menghimpit jiwa.ya Tuhan, aku mintak petunjukMu..
Monday, February 22, 2010
MARCH...
org kata masa itu emas...emas ke? aku pun tak tau..kenapa aku rasa kalau emas memang dah lama aku simpan dalam kotak bawah almari..takdek la terpikir nak susah payah mencari duit ntuk baya duit kete n kedit kad yang bertimbun tu (ni tak termasuk utang piutang ni..bukan along je.angah.acik.alang dan sebagainya)
Kejap je..pejam celik pejam celik dah march...eh mana pergi january ngan februari ha..tetibe je march...dowhhh..ape yang aku dah bazirkan masa sampai aku tak tau skang dah nak masuk bulan ke 3 dalam tahun harimau nih? erm tulaaaaaa...mak dah bgtau...
"kau dah besar..uruskan masa tu bebaik"
perghhh...menanah buku lali dengar....tahun ni menggenapkan aku kepada suku abad aku idop kat muke bumi Allah ni.. 25 tahun...(garu kepala aku) sangat kejap...arghhh lagi skali....mana 24 tahun yang lepas..ape aku dah buat sampai aku tak perasan dah 25 tahun ni? nak mampos agaknye....
...silent.....
ermm lagi skali (garuk kepala) aku dah umor 25..aku takut ni.kenapa umur aku dah 25 ni...(soklan nak kene bagi makan penampar kaki). skang nak kawen? jodoh takdek...takdek sape nak kat aku nih haa.....duit pun takdek...saving?? haraaammmmm mana ada. yang ada skang..kening lebat aku n kete itam aku yang baru servis n tukar emat empat tayar yang baru mencecah hampir rm6ratus....camner nak saving...ada je yang nak kene baya...
....garuk kepala....dahi skali..
~tarik napas pepanjangggg.....~
~lepaaaaaassss~
hurrmmmm
lege skit bile ada oksigen masuk ke dalam lubang kepala otak ni...ketika kepala aku yang masih berdenyut denyut dari smalam ni. sambil memikirkan ape agenda aku yang bakal menyusul dalam masa terdekat ni..alangkah baiknye kalau aku dapat menyusun perjalanan hidup aku ni macammana aku meyusun proses proses design yang dah hampir 6 tahun aku dok mengdap ni..takpun seperti mana aku menyusun kata kata untuk melegekan hati yang tersayang ketika si dia cube menjeling atau membalas pesanan pesana ringkas yang terlalu RINGKAS dari aku? (marah la tuh)...
setakat ini aku tak ada sebarang perancangan untuk masa depanlagi...cume beberapa agenda yang telah diatur untuk mengisi masa lapang ...barangkali...tetapi yang penting dan pasti:
......bumi dan matahari takkan dipisahkan..terima kasih bulan kerana menyinari malam aku...owh tak lupe...tiada lagi jet jet berterbangan kerana hilangnya enjin yang menggerakkan.....semoga pokok berry akan berbuah lebat dan memberi keselesaan kerana enjin jet tidak mampu untuk ke sini lagi....
Wednesday, February 17, 2010
Tuesday, February 9, 2010
18SG
arhh.....hari yg memenatkan..the wholeday melalak dari sungai buloh ke KL...kemudian ke MASJED JAMEK..diteruskan ke DAMANSARA ke SHAH ALAM and SG BULOH balik akhirnye ke KG SUBANG maka patah balik ke SG BULOH..itulah rutin harianku..cume tempat je berbeza( pastu memekak kate minyak cepat abes)..tapi tu bukan citernye...citernye ketika kami (aku n nuar> kalau tak sebut nama die ..bsing :) lalalal~) melabohkan pungkok memasing untuk makan tengahari ala ala dikelilingi taman taman rimba dalam hutan konkrit bangunan utama sayap baru one utama (new wing laa)..best gak tempat ni..cume pokok tu je plastik..se plastik org org kat cni..teeeett~
dalam menikmati makanan kegemaran wajib aku (baru kali ke-2 pegi) iaiti chili prwan...aku dikejutkan dengan satu lagi pemandangan alam semula jadi..mungkin nak di samakan konsep garden tu ko...yelaahh alam semula jadi..pokok pokok..ada burung burung...bukit bukau..lurah lurah....denai sungai bagai...erm indahnye...tapi yang paling indah sekali ialah ada satu ciptaan semula jadi yang pastinya bukan part of the decoration kedai tersebut....LURAH...haaa...korang tengok la lurah ape yng aku maksudkan k....selamat beramal...
* aku terus ilang selere........

Friday, February 5, 2010
entryke2
aku pun tak tau kenapa tetibe emosi aku jadi cam haram....tadi kat luar ok je melayan anak anak buah aku yang separuh matang + separuh gile tuh.masuk dalam bilik.bukak ekon. switch vaio merah menyala aku ni..terus jadi bengang...dah 2 tahun kot usia vaio aku ni yang aku bagi nama sebagai ramonna (kete aku nama jessica,,, sempena jessica alba) macam macam prob skang.ngan webcam takleh pasang..cd drive takleh baca...skang performance dah truk gile.....aduhh waktu kering camni plak la die nak soh aku kuar duit..since format arituh la bende bende yang tidak diingini ni berlaku...cursor sesuka ati je nak gerak waktu aku ngah type..tetibe ayat dari bahasa melayu jadi bahasa jerman plak...cam haram. ditambahhhhhhhhhhhhhhh plak ngan karenah enchek broadband maxis yang bakal aku bagi nama edward cullen nih.....yang lembab nak mampos prestasi nye sekarang..tetapi ketika tidak bayar atau lambat bayar....graf prestasi kecemerlangan staf staf maxis memotong dan membar menatang ini sungguh pantas. wahh tahniah anda pegawai pegawai maxis....pepepun..i need my mood back la dowhh...mataharii..cepat pancarkan sinaran ultra ungu anda.....aku amat memerlukannyeee..
again laptop dan internet aku wat hal di kala hujung hujung nak post blog ni..chelakeee..pastu aku takleh nak letak caption kat gamba aku.silap silap gamba pun xleh upload..memang nak mamposs..
tetibe plak phone aku yang kononnye canggih yang menggunakan sistem sentuh skrin menjadi bahalol kerana tidak detect sentuhan aku..takkan nak sentuh guna jari kaki kot..adehh...ni lah aku...kalau mood cam nih..memang sume bende tak kene...korang doakan lah aku cepat sembuh k
Thursday, February 4, 2010
hatikuBERKATA
semenjak wujudnya lama sosial mukabuku....laman web ruangku aka myspace dah lama aku tak bukak (tak citer pasal frenster lagi tuh) tetibe arini bukak la account aku...eh..tetibe aku nampak ada muke sorang ni kat top fren aku..oleh itu...bukak la page die..kemudian clik ke blog die:
"Hi. Salam semua.. Mengenali seseorang dalam hidup kite mmang susah, tetapi aku nk share ngn kekawan yg prnah melalui kehidupan yg sama ngn aku. Mencari sahabat, kawan, ataupun teman? Kekasih? Susah sgt ke? Pada orang petalian tu semua cume mainan hidup, tapi pada aku pertalian itu adalah sesuatu yang sgt berharga dan bermakna. Untuk apa ada teman klu utk merosakkan, dan utk apa perlu kekasih bercinta klu ia menyesakkn. Teman adalah seseorang yg kite bleh melalui saat gembira, suka, sedey, duka brsama bukan saat senang! Kekasih seseorang yg akan mendorong kite utk lebih bsmangat utk hidup bkn memperkecilkn dri kite!! & aku telah melaui segalanya dalam masa yg singkat sepangjang umo aku. Kejadian yg mengajar aku mnjadi dewasa, matang dan mengenali dunia sebenar kehidupan ini. jgn pikir hidup kite sentiasa diatas dan xkn turun kebawah, jika kite slalu berada diatas dan apabila terhempas kite akan hilang arah. kdgkala prlu kite turun kebawah utk merasai hidup bkn berbangga dri berada diatas. Ingatlah wahai manusia sekalian Allah yg ada diatas bkn KAMU! & Aku menjadi umat islam yg terlalu takot utk terus mempercayai sesiapa shja yg ingin rapat dgn aku, apa yg ada skg itu lah yg terbaik utk aku terus hidup. Aku rase manusia hnye ada perasaan dengki, dendam, gelabah, orang xbleh lbih dri die, bangga dri dgn kecantikan dri, harta benda. Bukan aku jeles tapi orang yg xsedar drinya adalah hamba didunia ini mbuatkn aku bosan jelak!! Jgn ingat Allah akn beri shja kesenangan klu kau xigat, patuh dgn ajarannya...."
erm...ingat la...bukan pasal siapa atas siapa bawah.memang tuhan tu kat atas..die nak ajar ko..jangan nak pandai kate je. nak luah perasaan bagai. nk kate org tu ini.org tu itula...tapi wahai makcik/pakcik/tuan/puan....kalau dah bawak lari duit umah sewa..n tak nak baya balik tu pekejadahnya? kalau ko nak claim ko dah baya pun.tunjuk la bukti? ape....resit hilang? gi la bank mintak bukti transaction...banyak cara penyelesaian. ni tak pasal pasal aku kene kuar duit lagi banyk yang ko dah curik tu nak amek barang aku n nak tunjuk respek kat tuan umah supaya keluar cara baik. bukan camko....blah camtu je..spende baju dalam baju bagai bagai lagi ko tinggal kat situ n kitorang yang tolong bakarkan bahan bahan hina tu ntuk ko....(tak kesah pun.tapi bile baca ayat ko..cam ayat ko ni baik sangat..menggelabah siot.) patotla dulu ko citer bebudak umah lama ko halau n campak barang barang ko kat luar umah..dulu aku kesian.skang baru aku tau kenape.. ayat je baik..sumer org leh ilang saba camnih dekkkk....bukan aku tak try cara baik...ko je yang lari..salah siapA? AKU? takkan??? forsurela salah ko n mak bapak ko yang tak gheti nak aja anak....ngok~ ..owh last ayat die..
"Jgn ingat Allah akn beri shja kesenangan klu kau xigat, patuh dgn ajarannya"
aku bukan baik sgt beb..tapi cermin diri sendiri dulu laaa.......l

Wednesday, January 27, 2010
photo pilihan 2006-2008(tajuk cam bagus je)
hambek korang..nilah masanye aku nak bergamba sakan....koleksi gamba gamba pilihan terbaik dari 2006-2009...hahaha poyo kan...cam nak promote diri sendiri (diam ben firdaus azraai) setiap gamba yang dipilih mewakili event dan acara yang sangat istimewa buat aku la kot..tgk la sendiri betapa bunchit nye aku...hahahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)